Suatu catatan ringkas dan disertakan dengan foto-foto tentang masjid, surau, madrasah, musolla dan tempat ibadat orang Islam.

Tuesday 11 November 2014

5. Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Masjid Zahir merupakan masjid negeri bagi negeri Kedah Darul Aman. Masjid ini terletak di pusat bandar Alor Setar. Masjid ini mempunyai senibina yang amat menarik.

Pada 1912 Masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman yang merupakan Jurutera Negeri.  Reka bentuk Masjid Azizi yang berada di langkat, Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat pada bumbung melambangkan rukun Islam.

Tapak Masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.

Pada 15 Oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.

Kompleks mahkamah syariah dan pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi sudah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit Kedah.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.


No comments:

Post a Comment