Suatu catatan ringkas dan disertakan dengan foto-foto tentang masjid, surau, madrasah, musolla dan tempat ibadat orang Islam.

Sunday 23 November 2014

6. Madrasah Misbahul Munir, Kg Tiak Tengah, Kupang, Baling, Kedah.

Terletak di tepi jalan utama Kupang ke Gerik. Madrasah ini mempunyai kemudahan asas dan selesa untuk mendirikan solat. Ia juga mempunyai ruang letak kenderaan yang luas.

Tuesday 11 November 2014

5. Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Masjid Zahir merupakan masjid negeri bagi negeri Kedah Darul Aman. Masjid ini terletak di pusat bandar Alor Setar. Masjid ini mempunyai senibina yang amat menarik.

Pada 1912 Masjid Zahir dibina atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Jurutera yang terlibat ialah En. James Gorman yang merupakan Jurutera Negeri.  Reka bentuk Masjid Azizi yang berada di langkat, Sumatera Utara banyak  mempengaruhi masjid Zahir. Lima kubah yang terdapat pada bumbung melambangkan rukun Islam.

Tapak Masjid Zahir adalah tanah pusara pejuang Negeri Kedah yang gugur semasa peperangan dengan pihak siam pada tahun 1821.

Pada 15 Oktober 1915, hari jumaat. Masjid Zahir dirasmikan oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud membaca khutbah Jumaat sementara Sultan Abdul Hamid mengimamkan solat jumaat tersebut.

Kompleks mahkamah syariah dan pusat pendidikan asas kanak - kanak terletak di bahagian belakang masjid. Tetapi sudah berpindah ke banggunan Kerajaan persekutuan di bandar Muadzam Shah, anak bukit Kedah.

Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.


Thursday 6 November 2014

4. Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan Darul Naim.


Pembinaannya bermula pada tahun 1986 oleh seorang individu yang bernama Tan Sri Ibrahim bin Mohamad dari Kampung Putih, Telipot. Proses pembinaan masjid ini tergendala oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, beliau juga telah berpindah ke Kuala Lumpur.


Pada tahun 1988, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) telah menyambung pembinaannya dengan perbelanjaan daripada MAIK dan sumbangan orang ramai yang berjumlah RM15 juta.Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian telah disempurnakan pembukaannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra, Sultan dan Yang Dipertuan bagi negeri Kelantan Darul Naim pada 8 Safar 1413 hijrah bersamaan 7 Ogos 1992 Masihi.


Lokasinya 5 km dari pusat bandar Kota Bharu, berhampiran dengan Istana Negeri, Istana Mahkota dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Masjid ini dapat menampung seramai 3 000 jemaah untuk ruang solat utama manakala serambi kanan, kiri dan belakang serta tingkat atas pula dapat menampung seramai 2 000 orang jemaah.










Sumber info:
http://www.masjidasip.e-maik.my/index.php?option=com_content&view=article&id=11&Itemid=11

Wednesday 5 November 2014

3. Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Masjid Abdullah Fahim dinamakan sempena nama tokoh ulama terkenal Abdullah Fahim yang juga datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke -5, Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Sebuah masjid baru yang sangat cantik senibinanya dan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti termasuk penyaman udara. Masjid ini juga mempunyai lanskap yang menarik.

Terletak di kawasan Bertam dalam parlimen Kepala Batas. Berdekatan dengan pusat membeli-belah Mydin dan Sunshine.

Luas dan sangat selesa berada di dalamnya.







Tuesday 4 November 2014

2. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Rantau Panjang, Kelantan.

Masjid Beijing
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir MasKelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di BeijingChina.

     Lokasi masjid ini terletak di tepi Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang, sekitar 2 km daripada Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar . Ia mula dibina pada 12 September, 2005 dan akan dirasmikan bulan Ogos 2009. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini dianggarkan sejumlah RM8.8 juta. Masjid ini mampu memuatkan seramai 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.
                                                                                                           



*Sumber info: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Jubli_Perak_Sultan_Ismail_Petra

Sunday 2 November 2014

1. Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sg. Petani, Kedah Darul Aman.

       Masjid Andalusia terletak di kawasan perumahan Bandar Laguna Merbok berdekatan dekat bandar Sg. Petani, Kedah. Ia mula digunakan pada 1 Julai 2013. Masjid ini mempunyai reka bentuk dan lanskap yang menarik. 

      Jika anda berada di masjid ini, anda akan berasa tenang. Masjid ini masih belum siap sepenuhnya. Ia masih memerlukan dana untuk membina dua menara dan pagar di sekeliling masjid.
Lawati http://masjid-andalusia.blogspot.com/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masjid ini.

Pemandangan waktu siang

Pemandangan waktu malam
                       

Pemandangan dari tempat letak kenderaan.

Pagar Masjid Andalusia

Lanskap

Pemandangan dari persimpangan jalan

Pemandangan dari jalan utama