Suatu catatan ringkas dan disertakan dengan foto-foto tentang masjid, surau, madrasah, musolla dan tempat ibadat orang Islam.

Wednesday, 17 December 2014

8. Masjid Ayesha, Kok Lanas, Kelantan Darul Naim.

Masjid ini terletak di tepi jalan utama Kota Bharu ke Machang, berhampiran dengan pekan Kok Lanas. Masjid ini mempunyai 5 buah menara dan salah satunya menara jam. Hiasan dalamannya juga sangat menarik.







Wednesday, 10 December 2014

7. Masjid Al-Baroah, Kota Bharu, Kelantan.

Masjid Al-Baroah bersebelahan Pasar Siti Khadijah

Sejarah Masjid Al-Baroah

Masjid Al Baroah dibina sejurus lawatan YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan ke Pasar Basar Siti Khadijah selepas menerajui tampuk pemerintahan Negeri Kelantan pada tahun 1990. Ianya dibina hasil infaq orang ramai dan dirasmi oleh beliau sendiri pada tahun 1993.

Kini Masjid AlBaroah menjadi tumpuan masyarakat dari kalangan peniaga, pengunjung dan pelancong dari luar negara. Masjid Al Baroah juga padat dengan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan.

Masjid Al Baroah ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa yang di pengerusikan oleh YABrs Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu dan diurus selia oleh Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI .

"Al-Baroah" yang bermaksud penyucian bersesuaian dengan konsep Kerajaan Negeri Kelantan " Membangun Bersama Islam " dan slogan MPKB-BRI " Kota Bharu Bandar Raya Islam " merupakan ikon pelancongan yang mana masjid ini dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara setiap hari.



Credit to: http://albaroah.blogspot.com/